Tuesday, 13 September 2011

Panduan kertas kerja

Prinsip-prinsip am penulisan kertas kerja
  1. Mengenalpasti audien- khalayak langsung dan serta-merta
  2. Mengenalpasti bentuk penulisan- bentuk tinjauan, deskriptif, penjelasan dan perumusan
  3. Mengenalpasti bahasa yg digunakan- keseragaman, kebolehbacaan dan memenuhi kehendak pembaca
  4. Mengenalpasti teknik penulisan- 2000 hingga 4000 patah perkataan
  5. Mengenalpasti bahagian-bahagian kertas kerja- bahagian sinopsis, pengenalan, utama, penutup dan lampiran
Proses penulisan kertas kerja
- latar belakang, definisi, penghuraian prinsip-prinsip serta ringkasan atau rumusan
  1. Proses sebelum menulis- tentukan tujuan dan sasaran serta alat penulisan dan kumpul data
  2. Proses semasa menulis- mematuhi Hukum Empat 'C' 
  3. Proses selepas menulis- pastikan kk memenuhi kehendak audien,menyunting dan mengedit
Panduan umum penulisan kertas kerja
  1. Kertas kerja hendaklah memenuhi tema dan objektif program.
  2. Kertas kerja hendaklah yang belum pernah dibentangkan atau diterbitkan.
  3. Semua bahagian kertas kerja hendaklah ditaip langkau 2 baris dalam sesuatu perenggan dengan 1 inci margin di bahagian kiri dan kanan.
  4. Muka surat pertama kertas kerja hendaklah mengandungi nama penulis dan keterangan-keterangan lain mengenai penulis.
  5. Setiap muka surat kertas kerja hendaklah diberi nombor.
  6. Panjang setiap kertas kerja hendaklah tidak melebihi 4000 patah perkataan.
  7. Sertakan abstrak dalam bahasa Melayu dan hendaklah tidak melebihi 200 patah perkataan.
  8. Kutipan dan senarai panjang hendaklah ditaip langkau 1 baris serta diketengahkan